Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29? Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29:

Gaji Penolong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,493
◾ Gaji Maksimum: RM 5,696
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29:

Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 adalah membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah, menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan, menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat dan bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
d. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
e. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
f. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
g. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
h. Dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.