Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Penolong Penguasa Bomba Gred KB29? Berita baik buat anda lepasan Diploma yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29:

Gaji Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,814
◾ Gaji Maksimum: RM 5,700
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29:

Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 adalah mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai, mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai, mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai dan mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

Syarat Kelayakan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29:

◾Warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
◾Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00);atau
◾Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09).
◾Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:
-Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
-Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
-Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
-Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
-Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
-Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
-Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
-Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba Gred KB29! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

No comments

Powered by Blogger.