Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Bomba Gred KB19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Bomba Gred KB19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pegawai Bomba Gred KB19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan terkini Pegawai Bomba Gred KB19? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KB19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pegawai Bomba Gred KB19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Bomba Gred KB19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KB19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bagi yang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Bomba Gred KB19, pemohon perlu membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Bomba Gred KB19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pegawai Bomba Gred KB11:


Gaji Pegawai Bomba Gred KB19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,360
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pegawai Bomba Gred KB19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Bomba Gred KB19:

Tugas Pegawai Bomba Gred KB19 adalah melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap, mengendalikan pam bomba, melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap dan melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Syarat Kelayakan Pegawai Bomba Gred KB19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Bomba Gred KB19:

◾Warganegara Malaysia.
◾Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
◾Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
◾Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
◾Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
◾Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iii. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
vii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses sesi temuduga SPA!

1 comment:

  1. saya pakai cermin mata sebab rabun jauh .. dan sya dpt ujian fizikal .. boleh join ke? atau pun lupakan saje hm

    ReplyDelete

Powered by Blogger.