Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 2018

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 2018|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat sebanyak 2,446 kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 6 Mei 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 2018

Sedia maklum, tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    di Portal Rasmi SPA melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Syarat Kelayakan Permohonan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11


Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 2018

Artikel berkaitan:
👉 Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegramhttps://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.