Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 2018

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 2018|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat sebanyak 13 kekosongan jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 29 April 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 2018

Sedia maklum, tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 adalah membantu melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat Kementerian / Negeri / Jabatan / Daerah. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    di Portal Rasmi SPA melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Syarat Kelayakan Permohonan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19


Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 2018

Artikel berkaitan:
👉 Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegramhttps://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.