Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2018

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2018|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Awam Gred H11 tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat sebanyak 108 kekosongan jawatan Pembantu Awam Gred H11. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 22 April 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2018

Sedia maklum, tugas Pembantu Awam Gred H11 adalah menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja. Selain itu, menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang, menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobor dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2018 

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Pembantu Awam Gred H11:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    di Portal Rasmi SPA melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Syarat Kelayakan Permohonan Pembantu Awam Gred H11

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11


Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2018

Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegramhttps://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.