Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19|ADAKAH anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19? Apakah deskripsi tugas, gaji dan syarat kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berminat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19.

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Kementerian Belia dan Sukan. Bagi yang  ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Belia dan Sukan Gred S19, pemohon boleh membuat permohonan Borang SPA8i melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan gaji, deksripsi tugas dan syarat kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19:

Gaji Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Berikut adalah gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 1,352
◾ Gaji Maksimum: RM 4,003
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19:

Tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 adalah membantu melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat Kementerian / Negeri / Jabatan / Daerah. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui permohonan Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Syarat Kelayakan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses temuduga!

No comments

Powered by Blogger.