Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 2020 Online

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 2020 Online|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2020. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat sebanyak 415 kekosongan jawatan Jabatan Imigresen Malaysia. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 Online

Sedia maklum, tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 adalah bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Permohonan hendaklah dibuat secara online di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Jabatan Imigresen Malaysia:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    melalui Portal Rasmi SPA seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Syarat Kelayakan Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
    pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
   Kelayakan seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal
    dan pancaindera seperti yang berikut:
1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
4. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong Jabatan Imigresen Malaysia
Pegawai Imigresen Gred KP19:

◾ Gaji Minimum: RM 1,360
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 Online

Artikel berkaitan:
👉 Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP19

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.