Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara 2018 Online

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara 2018 Online|ANDA berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Perhatian yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Peguam Negara tahun 2018. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat 43 kekosongan jawatan Jabatan Peguam Negara. Permohonan kini telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup 9 Mac 2018 (Jumaat) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara 2018 Online

Sedia maklum, tugas Pegawai Undang-Undang Gred L41 adalah bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa. Permohonan hendaklah dibuat secara online di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan jawatan kosong Jabatan Peguam Negara 2018 secara online:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    melalui Portal Rasmi SPA seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.
    Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
    pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
    yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
    institusi pengajian tinggi tempatan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya (Gaji Permulaan pada Gred
    L41 : RM2,418.00)

4. Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar
    Final Examination) (Gaji Permulaan pada
    Gred L41 : RM2,418.00);

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
    Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
    dalam subjek Bahasa Melayu pada
    peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
    Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
    diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan.

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara
Pegawai Undang-Undang Gred L41

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong Jabatan Peguam Negara
Pegawai Undang-Undang Gred L41:

◾ Gaji Minimum: RM 2,418
◾ Gaji Maksimum: RM 9,607
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Iklan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara Pegawai Undang-Undang Gred L41


Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara 2018 Online


Artikel berkaitan:
👉 Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Undang-Undang Gred L41

Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegramhttps://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

No comments

Powered by Blogger.