Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Wilayah Persekutuan

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Wilayah Persekutuan|ADAKAH anda bakal calon menduduki peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 2018? Pastinya anda tercari-cari rujukan soalan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 untuk peperiksaan online yang akan dijalankan pada 15 Mac 2018. Untuk makluman anda, pihak SPA telah membuat pengumuman secara rasmi tarikh peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 yang bakal berlangsung pada 15 Mac ini.

Artikel berkaitan:
👉 Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Wilayah Persekutuan

Terlebih dahulu tim SUMBER KERJAYA ingin merakamkan ucapan tahniah kepada calon yang berjaya menduduki peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 pada 15 Mac ini. Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, pihak kami dan tim InfoKerjaya ada menyediakan rujukan peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41.

MAKLUMAT TERKINI: JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
Tarikh Peperiksaan: 15 Mac 2018
Hari: Khamis
Masa: 10.00 - 12.15 p.m

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Wilayah Persekutuan

Berikut dikongsikan mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam:

Format Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

Peperiksaan ini terbahagi kepada TIGA seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C:

SEKSYEN A : UJIAN PSIKOMETRIK
SEKSYEN B : PENGETAHUAN AM
SEKSYEN C : DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Contoh Soalan Exam Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Online

Berikut dikongsikan contoh soalan ujian, psikometrik, pengetahuan am dan daya penyelesaian masalah exam Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41:

Seksyen A: Ujian Psikometrik

Masa: 20 minit
Soalan: 60 soalan

Contoh Soalan:
1. Saya seorang yang sangat sistematik dan
    teliti
A. Ya             B. Tidak

2. Saya berharap agar majikan puji saya
    jika saya rajin bekerja

A. Ya             B. Tidak

Seksyen B : Pengetahuan Am

Masa: 40 minit
Soalan: 50 soalan

Contoh Soalan:
1. Badan perundangan di Malaysia
    mempunyai beberapa komponen utama
    KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

2. Apakah panggilan yang diberikan
    kepada ahli dalam Dewan Negara?
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

3. Jata Negara Malaysia merupakan
    lambang Persekutuan Tanah Melayu.
    Bilakah ia mula diperkenalkan oleh Raja-
    Raja Melayu?
A. 8 Disember 1941
B. 30 Mei 1952
C. 31 Ogos 1957
D. 16 September 1963

Seksyen C : Daya Menyelesaikan Masalah

Masa : 45 Minit
Soalan : 40 soalan

Contoh Soalan:
I) Kemahiran Menggunakan Logik


II) Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke zoo negara dari bulan Januari hingga Mac


Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan
Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240
Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200
Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III) Konsep Matematik


Untuk dapatkan rujukan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam, anda boleh dapatkan dengan join link Channel Telegram dibawah:

Join Channel Telegram Exam Pegawai Hal Ehwal Islam 2018

KLIK >> https://t.me/halehwalislams41

Semoga anda berjaya menghadapi peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 2018 nanti! Terima kasih sentiasa bekerjasama dengan kami dari Portal Sumberkerjaya.com!

No comments

Powered by Blogger.